June 20, 2010

Mode : Very Unhappy + Berapi!

This is the worst weekend ever. Suddently felt like hating Penang so..so...much + super duper hate!!! Wait till i got my own car. Then there will be

no more “Dinner”
no more “Lunch”
no more “Picnic”
no more “Shopping”

WITH YOU !!

June 19, 2010

'A Must' things in my beg ~


tajuk cam pelik ja..sori kalau english aku sungguh teruk.hehehe...okeh.mari tengok apa benda aku selalu usung pi sana sini dalam beg. Kamu-kamu suma pun mesti ada barang-barang yang wajib bawak dalam beg kan? kadang-kadang penuh beg sampai berat berkilo-kilo dan kalau orang mau ragut mungkin mereka terpaksa meragut dengan lori.Terutamanya pompuan la..banyak aksesori. Lelaki simple ja.bawak wallet,letak dekat poket bontot sampai leper sama rata dengan bontot dah..

1. Purse ~ wajib bawak la..fulus!
2. Bedak Kompak
3. Blusher ~ mau nampak pipi malu-malu gitu..ngehehe
4. Lipstick ~ 2,rm8.beli kat Watson.haha.gila murah.suka sangat warna dia sebab bila pakai nampak macam warna darah.so natural la kan.yala..aku bukan pakai barang jenama-jenama..asal ok,murah pun tak kisah..
5. Minyak Yu Yee ~ ni wajib nih..perut aku tiap hari wajib masuk angin.makan or tak makan tetap masuk angin..dan paling penting bagi mengubati diri tatkala bau bas hinggap di hidung.
6. Perfume (tudung putih) ~ ni lagi hebat. beli kat kedai minyak atar ja ni. tapi bau marveles. i loike! hehehe.
7. Losyen ~ juga penting.sebab tangan selalu kering. dan paling penting untuk cover bau kari kat tangan lepas makan nasik..haha
8. Handphone ~ yang ni tak bawak die-lah...macam tak boleh hidup.Entertainment bergerak nih...



June 17, 2010

Susuku ~ Bacaan 18tahun keatas

Eleh..bila tajuk ada '18tahun keatas', berlumba nak baca no...ni pasal hamster aku la..aku skang dah jadi penternak hamster. satu batch dah terjual dengan jayanya. skang tengah membesarkan batch kedua sebab ibu hamster dah mati.ahad lepas..T_T

Dia : Makanan hamster dah abis belum?

Ibu hamster (aku la..): Tinggal sikit lagi. Tolong beli makanan campur-campur 2 bungkus, oat sebungkus.

Dia : Abg beli makanan 13 in 1

Ibu hamster : erkk??? apa dia tu?

Dia : Ntah.cina kedai tu suruh beli (ni contoh orang tak bleh bawak pegi shopping, mudah terpedaya dengan penjual)

Ibu hamster : tanya la cina tu, anak hamster kematian ibu, nak bagi susu apa

Dia : cina tu kata, tak payah bagi susu-susu.

Ibu hamster : ish..mana boleh.anak kecik lagi..

Dia : bagi susu ayg ja la

Ibu hamster : ish...tu lagi tak boleh..mana cukup,jenuh pam la.9 ekor anak + abg lagi.mau kering terus.


Bola ~ Bosan Tahap Gaban!!

Malam kelmarin teman kekaseh tengok bola. mula-mula tak mau tapi sebab perut lapar ikut jugak la...tepat pukul10, dah siap sedia kat kedai nasik kandar. Punya lah pulun cari kedai nasik kandar yang paling terpencil sebab takut orang ramai. dah la tak ada wifi. gila koman. start ja bola aku dah menguap cam badak air dah...

aku : yg, bola berapa jam baru habis? (tiap kali tengok bola aku tanya, benda-benda yg tak minat ni cepat sikit ilang ingatan)

kekaseh : sejam lebih la..

aku : ya Allah..lamanya..

lepas setengah jam...

aku : kenapa asyik buat-buat terjatuh.menyampahnya..

kekaseh : mana da buat-buat jatuh,tengok..tengok.

aku : yg, yang hensem tu nama pe ?

kekaseh : ishh..

aku : huduhnya warna jersi Sepanyol

kekaseh : hmm...aku : abg sokong sepanyol ka?

kekaseh : yolah..sepanyol antara team paling power+terer+++

aku : kalau camtu, nak sokong switzeland lah

lepas sejam...

aku : kata sepanyol kuat, sebiji pun tak masuk..

abis ja bola..

aku : kesimpulan perlawanan, pemain sepanyol hensem2 walaupun tak kenal sorang pun

mesti korang suma cakap aku kuno sebab tak kenal pemain yang top-top kan? Messi pun tak kenal...^_^. tapi lepas tengok iklan Astro yang 'Por famor' tu.aku dah tau dah la..





Why?

i wonder why Sultan Brunei ceraikan Azrinaz...

May 21, 2010

Interview with Shell ^_^


Got interview with Shell this monday ^_^
nasib baik phone interview jerk...bole la buat skrip.ngehehehe...
tapi nak study tentang apa ah?japgi tak tau nak menjawab plak.
cam interview kat kilang haritu.hampeh...tolong doakan aku berjaya..hehe..


May 18, 2010

Interview lagik ~


yesterday got another interview,also at KL...software engineer...tapi terpaksa tolak lagi walaupun dia tanya bila available.atas sebab yang tak dapat nak elakkan...
Then today someone call for an interview,dekat Penang.tapi tak boleh jugak sebab kontrak abis bulan 7.dia nak immediately...

dengar desus-desus akan ada conversion..adakah aku akan jadi salah seorang yang di convert?mungkinkah??
harap-harap la...ITW (internal temporary worker) pun jadi la...

May 14, 2010

My BlogShop Finally Opened!!!


oh..oh...oh...akhirnya belogshop i buka juga akhirnya (kenapa akhirnya sampai 2x?). padahal i cuma tolong jualkan untuk orang ja..peduli hapa..asalkan i dapat jugak berbisness..ngehehe..silalah melawat belogshop i yerr...

Click MyBlogShop link kat atas nu atau KELIK SINI pun boleh...sila la sila....


May 12, 2010

Interview,arrgghhhhh!!


Semalam ada company call suruh pergi interview,tapi kat Damansara.sepatutnya harini la interview tu.tapi tak logik la semalam panggil,harini interview.mana sempat...adoi la...tapi alhamdulillah harini ada lagi company lain call suruh pergi interview.nasib baik dekat bayan lepas jeww...takut tak sempat prepare apa-apa.so malam ni kena bertungkus-lumus la haku...huhu.ni second time aku interview. position 'System Analyst'.nak study apa eh....


May 5, 2010

mimpikan ular ~


semalam i mimpikan ular...apakah...i dalam bilik.tiba-tiba ada dua ekor ular.satu warna hitam dan satu lagi tak ingat pulak warnanya.i cuba nak tangkap ular yang berwarna hitam/tapi tak berani nak tangkap ular yang lagi sekor tu.jadi, apakah maksudnya??

kalau orang-orang tua mesti akan cakap ada orang nak datang merisik la apa la...i baca dalam tenet, diorang cakap mungkin ada seseorang akan bertandang ke rumah dan bawa sesuatu berita yang menyenangkan.tak tau la..nak percaya or taknak?


May 4, 2010

Wanita jelita bawa penyakit - Harian Metro


hati-hatilah wahai jejaka-jejaka diluar sana,samada yang mempunya aweks cun,bini lawa dan tidak kurang juga yang suka mengushar aweks-aweks cun diluar sana.

"Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh. Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil, tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk"

notasukasuki : paras rupa tak penting,yang penting hati.asalkan bahagia.tapi kalo dapat yang cun takkan nak tolak.rezeki~ ^_^

May 1, 2010

2 months to JOBLESS!


die-lah....2 more months to go then i'll be JOBLESS!
rich husband needed immediately~ (T_T)

April 20, 2010

New York Skin Solution?

2,3 minggu lepas i tonton rancangan yang untuk orang gemuk nak kuruskan badan (London Weight Management) dan untuk rawatan muka (New York Skin Solution). i pun macam tiba-tiba rasa teruja nak cuba sebab dah tak tahan tengok muka sendiri yang makin teruk berjerawat nih.kalut-kalut send SMS. esoknya NYSS cawangan seberang perai tepon tanya semua-semua then set appointment date.

malam tu i cuba check kat internet pasal NYSS tuh.berlambak-lambak orang tak puas hati.dah terkena.diorang cakap mula-mula memang free,lepas tu diorang akan paksa kamu ambil pakej ni,pakej nu dan harganya mencecah ribu-ribu ringgit.dia akan terus push kamu sampai kamu rasa macam nak mengamuk dan makin lama pakej tu akan makin bertambah.ish3..nasib baik i tak jadi pergi situ.akhirnya i ambil keputusan untuk pergi klinik kulit ja..doktor pun lebih bertauliah.tapi akhirnya (lagi sekali..) aku pergi farmasi saja..hehehe.

sekarang i menggunakan pencuci muka oxy vitamin C dan E, krim jerawat jenama apa ntah.tapi farmacist tu cakap krim tu ubat terkawal.jangan pakai banyak sangat.dah seminggu lebih.jerawat pun dah kurang.dah ok sikit la.lagipun baru ja pakai kan...

so kepada sesiapa yang tengah cari treatment yang sesuai untuk muka berjerawat,sila pergi kepada doktor terus ye.bahaya oo dok main try-try nih.diorang bukan nak bertanggungjawab pun kalau jagi apa-apa.

notasukasuki : jika mahu ubah pencuci muka,sila rehatkan muka dari sebarang pencuci selama seminggu sebelum mula memakai pencuci baru!

April 17, 2010

Baby and Mummy Hamster Photo~


Mata belum celik..
Bulu sudah tumbuh..

Sudah pandai mengaru-garu..
Sudah pandai isap jari kaki..
Sudah pandai jilat solid food..
Sudah pandai crawling around the cage..
Sudah pandai naik tangga..
Mummy hamster terpaksa terkangkang-kangkang untuk beri semua baby minum susu..

Y(^_^)Y


April 15, 2010

add background image in your pendrive?

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
iconarea_image="back.jpg"
iconarea_text="0xFFFFFF"

copy code diatas dan pastekan dalam notepad.save sebagai “Desktop.ini”
kemudian letak “Desktop.ini” tu dalam pendrive kamu.Copy image apa-apa yang kamu suka kedalam pendrive dan namakan “back.jpg”.hiddenkan kedua-dua benda ni (Desktop.ini dan back.jpg) supaya tak serabut.referesh.SIAP!

notanotty: ni kira abis tak ada idea nak post apa.muahaha

April 2, 2010

malas format laptop/pc?

siapa-siapa yang selalu menternak virus didalam laptop masing-masing dan sudah jemu mahu mengformat laptop yang mungkin mengambil masa tidur kamu-kamu semua dan paling tak tahan jika kamu tak tahu nak format sendiri laptop dan terpaksa keluarkan ongkos yang tak berbaloi.

silalah ikot nasihat saya ini,

1. Format dulu laptop anda dengan cara biasa untuk membersihkan kotoran-kotoran.
2. Dapatkan CD 'True Image'.jika banyak duit beli yang original.kalau tiap hari kamu makan nasik dan telur,sila beli yang pirate (cam galakkan beli pirate plak haku nih..uhuk).
3. Masukkan CD dan restart PC kamu.kemudian ikut step2 seterusnya untuk capture OS kamu dan save dalam partition lain selain dari partition yang utama (contohnya dalam drive D)

CD 'True Image' ni untuk capture dan simpan OS yang suci didalam laptop/PC kamu.jadi,jika apa-apa berlaku pada laptop kamu seperti dijangkiti virus,kamu hanya perlu masukkan CD ini dan restore balik OS suci yang kamu simpan sebelumnya.TADA! laptop kamu kembali suci! lebih pantas dari format laptop dan yang pastinya lebih jimat sebab kamu boleh buat sendiri sambil tidur atau mengemas rumah.

apa-apa pun pastikan kamu backup dulu. itu yang penting sekali jika kamu macam pening-pening lalat dan tidak yakin. INGAT!


April 1, 2010

Dunia~

Mempunyai makmal dadah dan sudah semestinya mengedar dadah dan yang pastinya bukan setakat dalam jumlah GRAM.tapi tidak dikenakan hukuman gantung,AMAT PELIK.

Sultan atau ALLAH yang berhak mengampunkan DOSA manusia??

March 28, 2010

Award from Ben Ashaari~ Thanks BEN!


Thanks to Ben Ashaari untuk award nih. ingat dapat award bulat-bulat je,rupanya kena pulak buat entry.tima kasih ben sebab telah menyusahkan merajinkan i untuk buat entry hari ni Y(^_^)Y

OKEH.mulakan! :-

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini ( ni la entrynyerr...)

2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut ( beres! )

3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award ( beres! )

4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award ( ni yang paling 'seronok' )

5. Senaraikan 7 perkara tentang korang

1 ) Sangat tak suka marah dan moody2.bila marah agak dasyat tapi cepat pulak cool..heh
2) Ada masalah nak bezakan kiri dan kanan, left and right.perlu beberapa saat untuk pikir.hehe
3) Sangat tak suka orang yang cerewet macam mak datin~
4) Tak banyak cakap kecuali dengan orang yang rapat
5) Agak kedekut dalam hal-hal beli membeli ni,tapi pemurah bila orang mintak pinjam (ayat tak boleh blah~)
6) Kalau Ben makan ayam sampai sekor i dapat wing or drumstick sudah cukup gumbira.ekeke~
7 ) Rajin basuh baju tapi malas lipat baju.sekian~

okeh.sekarang i senaraikan belog cantik (cantik itu subjektif tau) pada pandangan mata i.semua belog cantik-cantik belaka.tapi dah cakap 15 ja,apa nak buat kan...but siapa-siapa pun boleh ambil ya.Kecantikan hak milik semua insan~ :p

1 ) Masha
2) Risanur
3) Cikgu Yang
4) Fyza
5) NorainiAmmran
6) Mashiatin
7) Intan
8) Kdee
9) Kf
10 ) Anonymous
11 ) Anonymous
12 ) Anonymous
13 ) Anonymous
14 ) Anonymous
15 ) Anonymous

* Anonymous tu i da tak tahu nak letak siapa lagi.jadi,silalah pakat-pakat ambil ya~


March 25, 2010

Memandu pulang~

Hari ini saya pulang ke kampung bersendirian dengan memandu sendiri.pertama kali ni drive sendiri balik kampung.selalu orang hantarkan sampai jeti je.rasa tak sabar dan nervous.Doakan saya selamat sampai rumah ye~

March 23, 2010

Contohi Brunei~

Malaysia patut contohi Brunei.lebih takut laknat Allah dari takut tak dapat undi.menolak penjualan arak.betul cakap Menteri Hal Ehwal Agama Brunei,

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,”

semua tu dah ada kat Malaysia ni.masa depan tak tahu la apa lagi.kata negara Islam,tapi...di Indonesia jangan cakap la.negara yang mempunya jumlah penduduk Islam paling ramai.Islam caca merba.berkahwin lain-lain agama.Islam ke tu?Semoga Allah pelihara Malaysia dari bala bencana,amin....