February 21, 2010

Pulang ke Pangkal Jalan ~

Hamster sudah pulang ke rumah dengan selamat.Alhamdulillah...ingat dah mampus kena makan dengan kucin.dah la balik waktu subuh.ala-ala pegi kelab untuk berpoya-poya dan pulang kerumah dalam keadaan terhoyong hayang.

Beliau (the runaway hamster) juga telah di babab (aka tibai?) kerana melarikan diri dan denda mengelap perabot telah dikenakan keatas beliau.beliau juga tidak dibenarkan bermain diluar sangkar untuk minggu ini.

Sekian~

February 17, 2010

Runaway hamster~

hamster sudah melarikan diri semalam.tak pasti pulak malam tadi atau pagi tadi sebab i mangkuk betul terlupa lock pintu sanggar dia.i tau dia memang dok tunggu masa yang sesuai ja untuk melarikan diri.biasa hamster ni nak lari-lari pulak.i dah beri kehidupan yang mewah pada dia selama ni.sangkar yang besar dan makanan yang berlambak dan lazat.Bangun pagi tadi tengok dalam sangkar dah tak ada.dah cari satu rumah.oleh sebab dah lewat nak pegi kerja pagi tadi,i tawakkal ja la dan berharap dia tak keluar lagi dari rumah.kalo tak mampus la kalau jumpa kucin jiran yang memang dah lama dok ushar sampai bulat mata nak baham hamster aku.

kalau hamster tu bijak dia mesti akan balik sangkar (kononnya) untuk makan dan tolong bukak lock sangkar yang lain untuk lepaskan hamster lagi sekor sambil berkata,"jom kita lari sama-sama.walaupun kita selalu gaduh-gaduh sampai tuan kita pisahkan kita.tapi semua tu hanya gimik untuk membuatkan tuan kita leka.mari kita lari!!mari ke mari!!".kunun nak lari sama-sama pi kawin kat siam.arrgghhh....tension siot..

"Dimana kan ku cari ganti,serupa denganmu...wowowoohhh~"

February 16, 2010

Still in holiday mood~so sunyi~


Oleh sebab i tengah bosan dudok dalam opis yang sunyi sepi sampai rambut jatuh atas lantai pun boleh didengar sebab semua officemate masih lagi bercuti CNY (gila..memang tak ada orang langsung.nampak seolah-olah i ni gila kerja gitu.muahaha). jadinya, today i mahu meraban sebentar.hari jumaat dah ambil cuti untuk sempena cousin nak bertunang.cuma sumbangkan cupcakes saja sebagai hantaran.tak ada idea la..cupcakes tu pun tempah ja.mahal sungguh cupcakes sekarang nih.16 ketul sampai rm70.


kelmarin pergi belajar memandu.pakcik yang ajar memandu itu telah tertidur.jadi kalau apa-apa terjadi i kena tekan brek sendirilah.next week QTI.then bleh pegi ambil ujian kat JPJ.then dah bole bawa kereta..yuhu!!harap-harap lepas dengan cemerlang la..takot gila nak naik bukit..


February 7, 2010

KPLI sudah keluar!


Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)

Ambilan Jun 2010
Mod Sepenuh Masa

Permohonan boleh dibuat secara online http://www.moe.gov.my mulai 8 Februari 2010
Permohonan online boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional dengan bayaran rm6.00 melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Tarikh Tutup : 21 Februari 2010


February 5, 2010

Cinta Terhalang?Amik petua ini



Berdasarkan pengalaman dan hasil kajian terhadap individu lain (ayat tak boleh blah),aku telah comeout dengan petua-petua ini


[amaran! petua ini tidak dijamin 100% berkesan,tapi insyaAllah dengan izin Allah..amin]


Sudah kawan bertahun tapi masih takut beritahu keluarga tentang hubungan cinta kamu?
  • jangan beritahu terus terang jika ibu bapa kamu sangat tegas or garang
  • biar keluarga tahu secara perlahan-lahan yakni dengan memberi hint tertentu.contohnya, selalu main mesej dan bergayut.tapi awas! jangan sampai kamu abaikan apa yang sepatutnya kamu dahulukan.
  • bila keluarga nampak macam dah boleh agak yang kamu tengah angau, bila ditanya jangan nafikan,dan jangan jugak mengiyakan.senyum-senyum pun dah cukup.ataupun beri jawapan selamat, "kawan ja..." dan katakan sambil senyum.
Keluarga terlalu memilih dari segi paras rupa, pekerjaan, dan pelajaran?
  • jika keluarga belum tahu mengenai hubungan kamu, lebih elok kamu selesaikan hal ini dahulu ye.beri masa dan semangat pada pasangan kamu untuk perbaiki.rupa tak penting.asalkan pekerjaan stabil dan mampu (tak perlu sampai kaya raya) dan jika pasangan kamu masih mahu tingkatkan pelajaran,sokong beliau.jika beliau tak mahu,jangan paksa.beri dia sokongan yang mantap untuk menambah pendapatan.SPM pun boleh jadi jutawan jika RAJIN..
  • jika keluarga sudah tahu, jangan tertekan.biarkan keadaan reda..biar keluarga fikir kamu terima keputusan mereka.pasangan kamu pasti akan berusaha buat sesuatu untuk perbaiki diri,tapi beri beliau masa..
Jika keadaan tidak berubah (keluarga masih lagi seperti tidak suka dengan pilihan kamu)?
  • Jangan panik.biarkan keadaan begitu sehingga reda dan isu tersebut tidak lagi dibangkitkan.teruskan hidup kamu (bukan putuskan hubungan).
  • selepas itu,cuba sekali sekala bangkitkan sedikit cerita tentang pasangan kamu.tapi INGAT,jangan bercerita terlalu terus terang (directly) tentang kawan kamu.cuba berkias-kias.contohnya : bila ibu kamu cerita pasal nak buat kek,kamu mencelah dengan sopan "kakak kawan sy berniaga kek.boleh lanak tempah.sedap".
  • INGAT,jangan bercerita begitu bila kedua ibu bapa atau ada ramai orang disitu kecuali keluarga kamu sudah boleh mula terima kawan kamu.
  • Lebihkan cerita berkenaan pasangan kamu pada ahli keluarga yang kamu paling rapat (terutama ibu).lebihkan bercerita mengenai cerita lucu dan kebaikan kamu.tapi jangan sampai nampak seperti kamu nak membodek pulak.
keluarga sudah tidak keluarkan kata-kata membantah?
  • itu petanda baik (mungkin juga keluarga kamu sudah penat..huhu).pasangan kamu perlu bijak mengambil hati.sekali sekala,berilah buah tangan.tapi INGAT,jangan pula kelihatan seperti membodek.contoh terbaik : pasangan kamu belikan tudung untuk ibu kamu.dia juga belikan tudung untuk saudara-maranya.so,nampak macam bukan beri untuk bodek,tapi atas sebab ingatan..yang penting ikhlas...
  • teruskan bercerita tentang pasangan kamu dengan berkias-kias...jangan terlalu drastik dan cerita lebih-lebih.
Ibu bapa sudah mula ingat nama pasangan kamu dan kadang-kadang bertanya mengenainya?
  • mungkin pasangan kamu patut datang berjumpa keluarga kamu.supaya keluarga kamu dapat lihat yang sebenarnya.First impression sangat penting. kebanyakan orang tua suka pada yang sopan,hormat orang tua dan anak mereka dan ramah.dan mereka lebih suka jika pasangan anak mereka (jika lelaki) yang nampak bertanggunjawab dan dapat menanggung anak mereka..hehehe
penat sudah...BERSAMBUNG...muehehehe

February 3, 2010

ramai orang sudah jadi gila

kenapa makin ramai orang yang jadi gila zaman sekarang??umur baru setahun jagung dah gila.bunuh ahli keluarga sendiri.yang paling menarik alasannya "tanpa disedari".pelik.

orang paling dekat dan kita percaya pun dah tak boleh 100% percaya.saudara kita sendiri mungkin bila-bila masa naik minyak then tikam kita masa tengah tidur.

sedih sangat bila saudara sendiri jadi pembunuh, suami bunuh isteri,anak bunuh bapa,mak bunuh anak..

pelajar tingkatan satu pun dah membunuh,merogol, hisap dadah.suatu hari nanti jangan terkejut kalau budak umur 5,6 tahun bunuh satu family sebab tak dapat mainan.tak mustahil.

dan orang zaman sekarang makin ramai jadi panas baran dan kurang ajar.tu tanda-tanda awal nak jadi gila la tu.gagal kawal emosi.muka cun dan hensem jangan sangka normal.boleh jadi juga dia gila.sekarang dah tak boleh nak bezakan.sangat-sangat tak boleh dibezakan.mungkin tahap kesabaran manusia zaman sekarang dah menipis,kita pun semakin jauh dari Allah..tengok la dunia sekarang..