April 20, 2010

New York Skin Solution?

2,3 minggu lepas i tonton rancangan yang untuk orang gemuk nak kuruskan badan (London Weight Management) dan untuk rawatan muka (New York Skin Solution). i pun macam tiba-tiba rasa teruja nak cuba sebab dah tak tahan tengok muka sendiri yang makin teruk berjerawat nih.kalut-kalut send SMS. esoknya NYSS cawangan seberang perai tepon tanya semua-semua then set appointment date.

malam tu i cuba check kat internet pasal NYSS tuh.berlambak-lambak orang tak puas hati.dah terkena.diorang cakap mula-mula memang free,lepas tu diorang akan paksa kamu ambil pakej ni,pakej nu dan harganya mencecah ribu-ribu ringgit.dia akan terus push kamu sampai kamu rasa macam nak mengamuk dan makin lama pakej tu akan makin bertambah.ish3..nasib baik i tak jadi pergi situ.akhirnya i ambil keputusan untuk pergi klinik kulit ja..doktor pun lebih bertauliah.tapi akhirnya (lagi sekali..) aku pergi farmasi saja..hehehe.

sekarang i menggunakan pencuci muka oxy vitamin C dan E, krim jerawat jenama apa ntah.tapi farmacist tu cakap krim tu ubat terkawal.jangan pakai banyak sangat.dah seminggu lebih.jerawat pun dah kurang.dah ok sikit la.lagipun baru ja pakai kan...

so kepada sesiapa yang tengah cari treatment yang sesuai untuk muka berjerawat,sila pergi kepada doktor terus ye.bahaya oo dok main try-try nih.diorang bukan nak bertanggungjawab pun kalau jagi apa-apa.

notasukasuki : jika mahu ubah pencuci muka,sila rehatkan muka dari sebarang pencuci selama seminggu sebelum mula memakai pencuci baru!

April 17, 2010

Baby and Mummy Hamster Photo~


Mata belum celik..
Bulu sudah tumbuh..

Sudah pandai mengaru-garu..
Sudah pandai isap jari kaki..
Sudah pandai jilat solid food..
Sudah pandai crawling around the cage..
Sudah pandai naik tangga..
Mummy hamster terpaksa terkangkang-kangkang untuk beri semua baby minum susu..

Y(^_^)Y


April 15, 2010

add background image in your pendrive?

[{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}]
iconarea_image="back.jpg"
iconarea_text="0xFFFFFF"

copy code diatas dan pastekan dalam notepad.save sebagai “Desktop.ini”
kemudian letak “Desktop.ini” tu dalam pendrive kamu.Copy image apa-apa yang kamu suka kedalam pendrive dan namakan “back.jpg”.hiddenkan kedua-dua benda ni (Desktop.ini dan back.jpg) supaya tak serabut.referesh.SIAP!

notanotty: ni kira abis tak ada idea nak post apa.muahaha

April 2, 2010

malas format laptop/pc?

siapa-siapa yang selalu menternak virus didalam laptop masing-masing dan sudah jemu mahu mengformat laptop yang mungkin mengambil masa tidur kamu-kamu semua dan paling tak tahan jika kamu tak tahu nak format sendiri laptop dan terpaksa keluarkan ongkos yang tak berbaloi.

silalah ikot nasihat saya ini,

1. Format dulu laptop anda dengan cara biasa untuk membersihkan kotoran-kotoran.
2. Dapatkan CD 'True Image'.jika banyak duit beli yang original.kalau tiap hari kamu makan nasik dan telur,sila beli yang pirate (cam galakkan beli pirate plak haku nih..uhuk).
3. Masukkan CD dan restart PC kamu.kemudian ikut step2 seterusnya untuk capture OS kamu dan save dalam partition lain selain dari partition yang utama (contohnya dalam drive D)

CD 'True Image' ni untuk capture dan simpan OS yang suci didalam laptop/PC kamu.jadi,jika apa-apa berlaku pada laptop kamu seperti dijangkiti virus,kamu hanya perlu masukkan CD ini dan restore balik OS suci yang kamu simpan sebelumnya.TADA! laptop kamu kembali suci! lebih pantas dari format laptop dan yang pastinya lebih jimat sebab kamu boleh buat sendiri sambil tidur atau mengemas rumah.

apa-apa pun pastikan kamu backup dulu. itu yang penting sekali jika kamu macam pening-pening lalat dan tidak yakin. INGAT!


April 1, 2010

Dunia~

Mempunyai makmal dadah dan sudah semestinya mengedar dadah dan yang pastinya bukan setakat dalam jumlah GRAM.tapi tidak dikenakan hukuman gantung,AMAT PELIK.

Sultan atau ALLAH yang berhak mengampunkan DOSA manusia??