2,3 minggu lepas i tonton rancangan yang untuk orang gemuk nak kuruskan badan (London Weight Management) dan untuk rawatan muka (New York Skin Solution). i pun macam tiba-tiba rasa teruja nak cuba sebab dah tak tahan tengok muka sendiri yang makin teruk berjerawat nih.kalut-kalut send SMS. esoknya NYSS cawangan seberang perai tepon tanya semua-semua then set appointment date.
malam tu i cuba check kat internet pasal NYSS tuh.berlambak-lambak orang tak puas hati.dah terkena.diorang cakap mula-mula memang free,lepas tu diorang akan paksa kamu ambil pakej ni,pakej nu dan harganya mencecah ribu-ribu ringgit.dia akan terus push kamu sampai kamu rasa macam nak mengamuk dan makin lama pakej tu akan makin bertambah.ish3..nasib baik i tak jadi pergi situ.akhirnya i ambil keputusan untuk pergi klinik kulit ja..doktor pun lebih bertauliah.tapi akhirnya (lagi sekali..) aku pergi farmasi saja..hehehe.
sekarang i menggunakan pencuci muka oxy vitamin C dan E, krim jerawat jenama apa ntah.tapi farmacist tu cakap krim tu ubat terkawal.jangan pakai banyak sangat.dah seminggu lebih.jerawat pun dah kurang.dah ok sikit la.lagipun baru ja pakai kan...
so kepada sesiapa yang tengah cari treatment yang sesuai untuk muka berjerawat,sila pergi kepada doktor terus ye.bahaya oo dok main try-try nih.diorang bukan nak bertanggungjawab pun kalau jagi apa-apa.
notasukasuki : jika mahu ubah pencuci muka,sila rehatkan muka dari sebarang pencuci selama seminggu sebelum mula memakai pencuci baru!
8 years ago
1 comment:
hehe...jerawat banyak org cakap gatal nk kawen!heeeheee...jgn mare,gurau je
Post a Comment