April 2, 2010

malas format laptop/pc?

siapa-siapa yang selalu menternak virus didalam laptop masing-masing dan sudah jemu mahu mengformat laptop yang mungkin mengambil masa tidur kamu-kamu semua dan paling tak tahan jika kamu tak tahu nak format sendiri laptop dan terpaksa keluarkan ongkos yang tak berbaloi.

silalah ikot nasihat saya ini,

1. Format dulu laptop anda dengan cara biasa untuk membersihkan kotoran-kotoran.
2. Dapatkan CD 'True Image'.jika banyak duit beli yang original.kalau tiap hari kamu makan nasik dan telur,sila beli yang pirate (cam galakkan beli pirate plak haku nih..uhuk).
3. Masukkan CD dan restart PC kamu.kemudian ikut step2 seterusnya untuk capture OS kamu dan save dalam partition lain selain dari partition yang utama (contohnya dalam drive D)

CD 'True Image' ni untuk capture dan simpan OS yang suci didalam laptop/PC kamu.jadi,jika apa-apa berlaku pada laptop kamu seperti dijangkiti virus,kamu hanya perlu masukkan CD ini dan restore balik OS suci yang kamu simpan sebelumnya.TADA! laptop kamu kembali suci! lebih pantas dari format laptop dan yang pastinya lebih jimat sebab kamu boleh buat sendiri sambil tidur atau mengemas rumah.

apa-apa pun pastikan kamu backup dulu. itu yang penting sekali jika kamu macam pening-pening lalat dan tidak yakin. INGAT!


2 comments:

~~Masha~~ said...

haha..bgus2 info kali ni husna..
jarang pon sbnrnye format laptop ni sbb ia dijage dgn begitu teliti oleh tuannye..wuteva pon info ini akan di praktikkn bwt mase akan dtg..:-O

Hairun Azmi said...

Very -very good info..Thanks...