March 28, 2010

Award from Ben Ashaari~ Thanks BEN!


Thanks to Ben Ashaari untuk award nih. ingat dapat award bulat-bulat je,rupanya kena pulak buat entry.tima kasih ben sebab telah menyusahkan merajinkan i untuk buat entry hari ni Y(^_^)Y

OKEH.mulakan! :-

1. Buat 1 Entry Tentang Award ini ( ni la entrynyerr...)

2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut ( beres! )

3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award ( beres! )

4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award ( ni yang paling 'seronok' )

5. Senaraikan 7 perkara tentang korang

1 ) Sangat tak suka marah dan moody2.bila marah agak dasyat tapi cepat pulak cool..heh
2) Ada masalah nak bezakan kiri dan kanan, left and right.perlu beberapa saat untuk pikir.hehe
3) Sangat tak suka orang yang cerewet macam mak datin~
4) Tak banyak cakap kecuali dengan orang yang rapat
5) Agak kedekut dalam hal-hal beli membeli ni,tapi pemurah bila orang mintak pinjam (ayat tak boleh blah~)
6) Kalau Ben makan ayam sampai sekor i dapat wing or drumstick sudah cukup gumbira.ekeke~
7 ) Rajin basuh baju tapi malas lipat baju.sekian~

okeh.sekarang i senaraikan belog cantik (cantik itu subjektif tau) pada pandangan mata i.semua belog cantik-cantik belaka.tapi dah cakap 15 ja,apa nak buat kan...but siapa-siapa pun boleh ambil ya.Kecantikan hak milik semua insan~ :p

1 ) Masha
2) Risanur
3) Cikgu Yang
4) Fyza
5) NorainiAmmran
6) Mashiatin
7) Intan
8) Kdee
9) Kf
10 ) Anonymous
11 ) Anonymous
12 ) Anonymous
13 ) Anonymous
14 ) Anonymous
15 ) Anonymous

* Anonymous tu i da tak tahu nak letak siapa lagi.jadi,silalah pakat-pakat ambil ya~


March 25, 2010

Memandu pulang~

Hari ini saya pulang ke kampung bersendirian dengan memandu sendiri.pertama kali ni drive sendiri balik kampung.selalu orang hantarkan sampai jeti je.rasa tak sabar dan nervous.Doakan saya selamat sampai rumah ye~

March 23, 2010

Contohi Brunei~

Malaysia patut contohi Brunei.lebih takut laknat Allah dari takut tak dapat undi.menolak penjualan arak.betul cakap Menteri Hal Ehwal Agama Brunei,

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,”

semua tu dah ada kat Malaysia ni.masa depan tak tahu la apa lagi.kata negara Islam,tapi...di Indonesia jangan cakap la.negara yang mempunya jumlah penduduk Islam paling ramai.Islam caca merba.berkahwin lain-lain agama.Islam ke tu?Semoga Allah pelihara Malaysia dari bala bencana,amin....

Wahai pemandu~

kepada pemandu-pemandu bodoh di Penang,sila ambil lesen semula kerana anda menyusahkan orang lain dan patut di campak masuk dalam kandang rimau saja. kalau rasa tangan kiri or tangan kanan anda cacat (tak boleh nak bagi signal),silalah mohon lesen untuk orang kurang upaya.paling tak tahan dekat roundabout,kalau nak ke kiri,tak payah la bodoh sangat ikut kanan pastu nak cross 3lane semata-mata nak ke kiri balik.okeh.itu sangat tak boleh trima.kalau dah orang bagi signal nak masuk simpang ke kanan,kepada pemandu motorsikal,sila lah jangan jadi bodoh duduk sebelah kanan kereta pastu nak pegi straight pulak.dan paling penting,kalau nampak kereta dengan pelekat 'P'.diulang DENGAN PELEKAT 'P' dan memandu di lorong kiri dengan penuh berhemah,jangan nak terhegeh-hegeh bunyikan hon.yang dok ikut bontot keta aku buat apa.dah aku lambat,potong je lah.terang-terang nampak had laju 40km/j.

akhir kata, BERHATI-HATILAH DIJALANRAYA,JANGAN JADI BUDUH.okeh?

March 22, 2010

Hamster ~ 4 newborn

balik kerja terus kalut-kalut nak bawa hamster yang sakit pergi vet.tapi tiba-tiba terpandang sangkar hamster sebelah tu penuh semut.rasa macam pelik sebab hari ni tak ada pulak aku bagi makan kuaci.sebab sebelum-sebelum ni kalau bagi makan kuaci memang semut akan hurung.bapak besar punya semut.so aku pun ushar-ushar la dekat sket.rupanya hamster betina sangkar tu dah beranak.

semua 4 ekor.3 mati.tinggal seekor.tapi dah nyawa-nyawa ikan.tak terpikir langsung nak snap gambar tadi sebab kesian sangat tengok.then bagi la yang sekor tu pada ibunya.cepat-cepat beliau gonggong anak bawak ke penjuru.letak bawah badan dia.dengan harapan anak dia akan hisap susu.tapi..lepas 5 minit anak yang itu pun mati juga...

aku amik semua anak-anak beliau dan tanam depan rumah.lepastu tengok hamster yang jantan dan betina tu kalut cari anak-anak diorang.sayangnya dekat anak-anak.tapi manusia tak sayang pun anak.kan?

notesukasuki~harap beliau tak meroyan

March 17, 2010

Journey of me to...

im living in a small hole inside a cave,under the ground below the sea in a deep black forest on another planet!

can you imagine?

thats why i always having problem connecting to the internet.
so,how to solve?

i need to get out from the hole first lah.then climb out of the cave.then dig,dig,dig until i reach above the ground(then i realize that i forgot to bring oxygen tank,so need to return back la.cannot survice without air in the sea you know (@_@) ).then get out from the hole again,climb out of the cave again,dig,dig again..when i reach above the ground,need to swim,swim until i get to the surface.then i need to walk through the deep black forest (i found a few black forest cadbury chocolate,eat some,keep the rest as 'bekal').then walk again and again until i reach the end of the forest..now,im thinking how im going to fly from that planet to Earth~Suddently i realize that i had a pair of wing (you know..something like 'Legion'~might result from me eating the chocolate..i wonder~). Then phewwww~ im flying! "i believe i can fly..hoyeah!"

at last...im here..on the earth,north Malaysia,on an island called PENANG


March 15, 2010

Ku sangka hujan sampai ke malam~


jauh cari rezeki,jauh perjalanan melalui jalanraya yang penuh rintangan,melintasi
jambatan berkilo-kilo meter jauhnya...merentasi pulak lautan..di bandar yang pesat membangun..hingga setiap pagi terpaksa mengharung kesesakkan sambil menahan mulut dari carutan akibat kekurang hajaran (tiada kena mengena dengan sesiapa bernama hajar,harap maklum) manusia yang tidak tahu mematuhi undang-undang.tapi persoalannya sekarang,


KENAPA INTERNET KAT PENANG NI MACAM SIALAN?!!

asyik-asyik hijau.kalo aku pegi toilet ko jadi biru pulak.aku ingat kat bandar internet lagi laju.mungkin ramai sangat orang pakai broadband agaknya.mungkin la..(kenapa tajuk macam langsung berkaitan?sila abaikan~)

notanotty : pemandu dekat penang dan kl sama kurang hasam,tapi kat penang lagi dasyat sebab kebanyakan sangat malas mahu beri signal.kepala hot btol la~

Nak marah tapi tak nak marah..apakah?

ada jugak faedah bila suka tangguh-tangguhkan sesuatu benda ni.macam rasa nak marah dekat orang,sila tangguhkan dulu hatta kamu rasa macam mahu ketuk kepala orang tersebut.bila rasa marah itu bertangguh,secara tidak langsung ia akan berkurangan dan terus hilang.jadi,sila amalkan sikap bertangguh-tangguh ini mengikut kesesuaian masa dan keadaan.silalah..

March 11, 2010

Saturday ~ Mtest

Good luck to all Cikgu-Wannabe semalaya!!
Jangan panik,tapi kalo tak cukup masa,jangan buang masa lagi,sila hentam saja,
asalkan anda jawab semua.okeh.

MoDe :saya belum ulangkaji apa-apa lagi.buku mtest sold out.bagaimanakah ini?

March 10, 2010

What can i do?

Hungry but cannot eat,
Sick but got no medicine,
Sleepy but cannot sleep,
Tired but cannot rest,
Then what can i do?...haih~

Today's menu is Pasta,like it a lot..but my mouth got ulser,cannot eat..
I cannot find my ulser paste..
Then i become hungry because i cannot eat because my mouth hurt a lot..
When im hungry, i feel sleepy leh..
And i cannot sleep because im at office right now..
When i cannot sleep i'll force myself to work so that i cannot fall asleep leh..
Then i'll feel very tired..

(T_T)

March 4, 2010

No balik kampung this week~


selepas sudah habis belajar memandu, saya sudah liat mahu pulang ke kampung sebab tiada apa-apa komitmen di rumah selain dari tugas melayan kerenah anak-anak sedara yang haru-biru.jadi,bila tak pulang ke kampung mahu buat apakah hujung minggu ini?saya pun tidak tahu. rasa macam mahu pergi berjoging di bukit jambul pada pagi esok,atau pergi jalan-jalan cuci mata dimana-mana, atau hanya duduk di rumah dan membuang sarang labah-labah pada kipas (sudah 4bulan tak bercuci,kelajuan angin sudah menyamai kelajuan angin kentut,cuma tiada bau saja) serta mencuci perabot?haih~


susahnya bila tiada kenderaan sendiri dan susahnya bila mempunyai kekasih dan kawan-kawan yang sentiasa sibuk!

March 3, 2010

Lunch @ Sticks Fire Bistro

Date : 3rd March 2010
Time : 12.00am

Event : Birthday celebration + Farewell


Outside view (back)
Inside view
Spicy &Sour Pineapple Soup
Hawaiian Chicken Rice
Spicy 'Waikiki' Sardine Pasta
Hawaiian Mushroom Pasta
Tamarind Juice (bunga tak termasuk dalam menu,harap maklum)

Spicy 'Waikiki' Sardine Pasta tu paling sedap.pasta kedua paling sedap yang pernah aku makan selama hidup ni.muehehe.nasib baik tak order mushroom pasta yang tak sedap langsung sampai pakat-pakat letak garam dan perasa selambak dalam pinggan. chicken rice not bad la..Spicy & Sour Pineapple Soup ni sup apa kebenda pun i tak tahu.rasa sebijik macam tomyam.tapi nama sup.hapeda... Tamarind Juice nama cam hebat.rasa macam air asam jawa yang buat dekat rumah untuk dicampur bersama sambal belacan.tapi yang ni plus buah laici.pelik kan?hawaian la katakans...

Happy birthday to Dickey, Ee Leng, Eugene & Chuan Chee!
and Best wishes to Ivan!

March 2, 2010


off to 'Stick Fire Bistro' for lunch + birthday celebration tomorrow ~ update soon.muahahaha

why mesti ketawa macam begitu pun i tak tahu.mungkin too gumbira~
ni la yang orang katakan bahasa rojak sampah.sampah masyarakat betul.huh.

March 1, 2010

Got 'P' ~ yeay!!!!


i telah berjaya mendapat 'P' sekali harung saja.muahaha..Alhamdulillah..nasib baik lepas semua ujian dengan agak baik.agak baik bermaksud tak dapat full mark dan nasib baik jugak dapat JPJ lelaki dan muda.fobia sungguh dengan JPJ pompuan walaupun aku sendiri tak tau perkara sebenar.dari mulut orang,JPJ pompuan sangat cerewet dan kebarangkalian nak fail amat la tinggi..
(sekali harung??harung??pahamkah?tiba-tiba terguna bahasa kedah.hehehe)

so next week siap la lesen 'P' i then sudah bole bawak kereta pergi bersiar-siar.siapa-siapa yang tak mahu beri pinjam kereta akan dipancung.sekian~