February 27, 2010

Nurah’s Engagement




19 February 2010 (gila lambat letak post,tunggu gambar lambat sangat,tak dapat-dapat) ~ My cousin engagement. Engagement yang sangat simple. Bertunang dengan orang belakang rumah. So, kos transport dah di eliminate.kehkehkeh.

I hanya mampu sumbangkan cupcakes dan bila sampai rumah dia, tengok-tengok ada lagi 2 hantaran cupcakes.bajet I sorang saja yang beri cupcake.happeda….

Cupcakes nih I tempah dari http://inasalybakery.blogspot.com/ .cantik dan sedap.hiasan pun kemas.lepas ni boleh la nak tempah lagi untuk diri sendiri plak.ngekngekngek.

Abang JPJ, tolong lepaskan saya..awww

Tengok tajuk macam rasa geli-geli perut gitu.kan?hehehe.Hari isnin ni I ada test dengan JPJ.nak dapat lesen P la katakan…I kan dah cekap sekarang (cakap dengan muka bangga dan hidung kembang).tolong doa-doakan I berjaya lepas ye.esok mesti pakai dengan kemas, cantik, touch up sikit,muka mesti manis. Jangan la dapat orang JPJ yang kolot lagi menentionkan jiwa raga dan bermuka eager gila nak kasi orang fail.mesti mau hafal pre-step before drive ye adik-adik.

1. Betulkan tempat duduk
2. Betulkan cermin sisi dan segala cermin yang ada di dalam dan luar kereta dan untuk nampak lebih gigih,sila keluar dari kereta untuk betulkan cermin sisi di sebelah kiri kereta
3. Pakai seatbelt
4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas yakni neutral
5. Hidupkan enjin kereta (sambil menarik nafas)
6. Pastikan signal, hazard lamp, wiper dan segala yang berkaitan berfungsi. Jika mahu nampak gigih, sila keluar dan lihat samada lampu depan dan belakang berfungsi, walaupun waktu tengahari buta.
7. Masukkan gear 1
8. Lepaskan handbrake dan jalan! GO bebeh GO!!!!

*kalau ada kurang tolong tambahkan ye.hehehe.lagi satu, sesiapa ada teknik mengambil hati abang JPJ sila beritahu dengan segera!

February 24, 2010

Stop Pleasing Other People-lah!


hoi,hoi to all orang kampungs,please avoid your self from pleasing other people to much lah! realize the limitation or else you might being slap while sleeping or being kick on your ass!

coz you might hurt other people's heart...pleaselah~

February 23, 2010

Lunch @ Hardwicke House

I am one of the organizing team, we all suka-suka hati choose this restaurant for CNY lunch because it has cheap buffet lunch.ngehngehngeh~













'Young Team' Rocks! Y(^_^)Y


μΆ•ν•˜ν•΄μš” chuka haeyo to Lay San, Ping Wei, Chu Ping and Chen Teik!

February 22, 2010

Amah Indon Makin Melampau


Macam sangat mengada-ngada bila amah Indonesia minta gaji minimum RM800 sebulan! Orang Malaysia kerja biasa pun tak sampai RM800.kerja tak buat banyak mana pun.nak cuti la apa la.lepasni nak mintak majikan bagi pencen,rumah dan kereta pulak. Kalau nak mewah tak payah kerja amah la dik non oi..orang bagi kerja kat sini pun dah besar rahmat.Bak kata *Papa, "Ada amah dari Filipina yang berkelulusan ijazah dan diploma sanggup bekerja di negara ini dengan paras gaji sekarang (RM500-RM700) tanpa sebarang masalah”. Dan ramai jugak mat-mat bangla yang berkelulusan datang kerja kat Malaysia.

*Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing


February 21, 2010

Pulang ke Pangkal Jalan ~

Hamster sudah pulang ke rumah dengan selamat.Alhamdulillah...ingat dah mampus kena makan dengan kucin.dah la balik waktu subuh.ala-ala pegi kelab untuk berpoya-poya dan pulang kerumah dalam keadaan terhoyong hayang.

Beliau (the runaway hamster) juga telah di babab (aka tibai?) kerana melarikan diri dan denda mengelap perabot telah dikenakan keatas beliau.beliau juga tidak dibenarkan bermain diluar sangkar untuk minggu ini.

Sekian~

February 17, 2010

Runaway hamster~

hamster sudah melarikan diri semalam.tak pasti pulak malam tadi atau pagi tadi sebab i mangkuk betul terlupa lock pintu sanggar dia.i tau dia memang dok tunggu masa yang sesuai ja untuk melarikan diri.biasa hamster ni nak lari-lari pulak.i dah beri kehidupan yang mewah pada dia selama ni.sangkar yang besar dan makanan yang berlambak dan lazat.Bangun pagi tadi tengok dalam sangkar dah tak ada.dah cari satu rumah.oleh sebab dah lewat nak pegi kerja pagi tadi,i tawakkal ja la dan berharap dia tak keluar lagi dari rumah.kalo tak mampus la kalau jumpa kucin jiran yang memang dah lama dok ushar sampai bulat mata nak baham hamster aku.

kalau hamster tu bijak dia mesti akan balik sangkar (kononnya) untuk makan dan tolong bukak lock sangkar yang lain untuk lepaskan hamster lagi sekor sambil berkata,"jom kita lari sama-sama.walaupun kita selalu gaduh-gaduh sampai tuan kita pisahkan kita.tapi semua tu hanya gimik untuk membuatkan tuan kita leka.mari kita lari!!mari ke mari!!".kunun nak lari sama-sama pi kawin kat siam.arrgghhh....tension siot..

"Dimana kan ku cari ganti,serupa denganmu...wowowoohhh~"

February 16, 2010

Still in holiday mood~so sunyi~


Oleh sebab i tengah bosan dudok dalam opis yang sunyi sepi sampai rambut jatuh atas lantai pun boleh didengar sebab semua officemate masih lagi bercuti CNY (gila..memang tak ada orang langsung.nampak seolah-olah i ni gila kerja gitu.muahaha). jadinya, today i mahu meraban sebentar.hari jumaat dah ambil cuti untuk sempena cousin nak bertunang.cuma sumbangkan cupcakes saja sebagai hantaran.tak ada idea la..cupcakes tu pun tempah ja.mahal sungguh cupcakes sekarang nih.16 ketul sampai rm70.


kelmarin pergi belajar memandu.pakcik yang ajar memandu itu telah tertidur.jadi kalau apa-apa terjadi i kena tekan brek sendirilah.next week QTI.then bleh pegi ambil ujian kat JPJ.then dah bole bawa kereta..yuhu!!harap-harap lepas dengan cemerlang la..takot gila nak naik bukit..


February 7, 2010

KPLI sudah keluar!


Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)

Ambilan Jun 2010
Mod Sepenuh Masa

Permohonan boleh dibuat secara online http://www.moe.gov.my mulai 8 Februari 2010
Permohonan online boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional dengan bayaran rm6.00 melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

Tarikh Tutup : 21 Februari 2010


February 5, 2010

Cinta Terhalang?Amik petua ini



Berdasarkan pengalaman dan hasil kajian terhadap individu lain (ayat tak boleh blah),aku telah comeout dengan petua-petua ini


[amaran! petua ini tidak dijamin 100% berkesan,tapi insyaAllah dengan izin Allah..amin]


Sudah kawan bertahun tapi masih takut beritahu keluarga tentang hubungan cinta kamu?
  • jangan beritahu terus terang jika ibu bapa kamu sangat tegas or garang
  • biar keluarga tahu secara perlahan-lahan yakni dengan memberi hint tertentu.contohnya, selalu main mesej dan bergayut.tapi awas! jangan sampai kamu abaikan apa yang sepatutnya kamu dahulukan.
  • bila keluarga nampak macam dah boleh agak yang kamu tengah angau, bila ditanya jangan nafikan,dan jangan jugak mengiyakan.senyum-senyum pun dah cukup.ataupun beri jawapan selamat, "kawan ja..." dan katakan sambil senyum.
Keluarga terlalu memilih dari segi paras rupa, pekerjaan, dan pelajaran?
  • jika keluarga belum tahu mengenai hubungan kamu, lebih elok kamu selesaikan hal ini dahulu ye.beri masa dan semangat pada pasangan kamu untuk perbaiki.rupa tak penting.asalkan pekerjaan stabil dan mampu (tak perlu sampai kaya raya) dan jika pasangan kamu masih mahu tingkatkan pelajaran,sokong beliau.jika beliau tak mahu,jangan paksa.beri dia sokongan yang mantap untuk menambah pendapatan.SPM pun boleh jadi jutawan jika RAJIN..
  • jika keluarga sudah tahu, jangan tertekan.biarkan keadaan reda..biar keluarga fikir kamu terima keputusan mereka.pasangan kamu pasti akan berusaha buat sesuatu untuk perbaiki diri,tapi beri beliau masa..
Jika keadaan tidak berubah (keluarga masih lagi seperti tidak suka dengan pilihan kamu)?
  • Jangan panik.biarkan keadaan begitu sehingga reda dan isu tersebut tidak lagi dibangkitkan.teruskan hidup kamu (bukan putuskan hubungan).
  • selepas itu,cuba sekali sekala bangkitkan sedikit cerita tentang pasangan kamu.tapi INGAT,jangan bercerita terlalu terus terang (directly) tentang kawan kamu.cuba berkias-kias.contohnya : bila ibu kamu cerita pasal nak buat kek,kamu mencelah dengan sopan "kakak kawan sy berniaga kek.boleh lanak tempah.sedap".
  • INGAT,jangan bercerita begitu bila kedua ibu bapa atau ada ramai orang disitu kecuali keluarga kamu sudah boleh mula terima kawan kamu.
  • Lebihkan cerita berkenaan pasangan kamu pada ahli keluarga yang kamu paling rapat (terutama ibu).lebihkan bercerita mengenai cerita lucu dan kebaikan kamu.tapi jangan sampai nampak seperti kamu nak membodek pulak.
keluarga sudah tidak keluarkan kata-kata membantah?
  • itu petanda baik (mungkin juga keluarga kamu sudah penat..huhu).pasangan kamu perlu bijak mengambil hati.sekali sekala,berilah buah tangan.tapi INGAT,jangan pula kelihatan seperti membodek.contoh terbaik : pasangan kamu belikan tudung untuk ibu kamu.dia juga belikan tudung untuk saudara-maranya.so,nampak macam bukan beri untuk bodek,tapi atas sebab ingatan..yang penting ikhlas...
  • teruskan bercerita tentang pasangan kamu dengan berkias-kias...jangan terlalu drastik dan cerita lebih-lebih.
Ibu bapa sudah mula ingat nama pasangan kamu dan kadang-kadang bertanya mengenainya?
  • mungkin pasangan kamu patut datang berjumpa keluarga kamu.supaya keluarga kamu dapat lihat yang sebenarnya.First impression sangat penting. kebanyakan orang tua suka pada yang sopan,hormat orang tua dan anak mereka dan ramah.dan mereka lebih suka jika pasangan anak mereka (jika lelaki) yang nampak bertanggunjawab dan dapat menanggung anak mereka..hehehe
penat sudah...BERSAMBUNG...muehehehe

February 3, 2010

ramai orang sudah jadi gila

kenapa makin ramai orang yang jadi gila zaman sekarang??umur baru setahun jagung dah gila.bunuh ahli keluarga sendiri.yang paling menarik alasannya "tanpa disedari".pelik.

orang paling dekat dan kita percaya pun dah tak boleh 100% percaya.saudara kita sendiri mungkin bila-bila masa naik minyak then tikam kita masa tengah tidur.

sedih sangat bila saudara sendiri jadi pembunuh, suami bunuh isteri,anak bunuh bapa,mak bunuh anak..

pelajar tingkatan satu pun dah membunuh,merogol, hisap dadah.suatu hari nanti jangan terkejut kalau budak umur 5,6 tahun bunuh satu family sebab tak dapat mainan.tak mustahil.

dan orang zaman sekarang makin ramai jadi panas baran dan kurang ajar.tu tanda-tanda awal nak jadi gila la tu.gagal kawal emosi.muka cun dan hensem jangan sangka normal.boleh jadi juga dia gila.sekarang dah tak boleh nak bezakan.sangat-sangat tak boleh dibezakan.mungkin tahap kesabaran manusia zaman sekarang dah menipis,kita pun semakin jauh dari Allah..tengok la dunia sekarang..

February 1, 2010

Yeppi Bestday!


~ Happy Besday ~