February 27, 2010

Abang JPJ, tolong lepaskan saya..awww

Tengok tajuk macam rasa geli-geli perut gitu.kan?hehehe.Hari isnin ni I ada test dengan JPJ.nak dapat lesen P la katakan…I kan dah cekap sekarang (cakap dengan muka bangga dan hidung kembang).tolong doa-doakan I berjaya lepas ye.esok mesti pakai dengan kemas, cantik, touch up sikit,muka mesti manis. Jangan la dapat orang JPJ yang kolot lagi menentionkan jiwa raga dan bermuka eager gila nak kasi orang fail.mesti mau hafal pre-step before drive ye adik-adik.

1. Betulkan tempat duduk
2. Betulkan cermin sisi dan segala cermin yang ada di dalam dan luar kereta dan untuk nampak lebih gigih,sila keluar dari kereta untuk betulkan cermin sisi di sebelah kiri kereta
3. Pakai seatbelt
4. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas yakni neutral
5. Hidupkan enjin kereta (sambil menarik nafas)
6. Pastikan signal, hazard lamp, wiper dan segala yang berkaitan berfungsi. Jika mahu nampak gigih, sila keluar dan lihat samada lampu depan dan belakang berfungsi, walaupun waktu tengahari buta.
7. Masukkan gear 1
8. Lepaskan handbrake dan jalan! GO bebeh GO!!!!

*kalau ada kurang tolong tambahkan ye.hehehe.lagi satu, sesiapa ada teknik mengambil hati abang JPJ sila beritahu dengan segera!

2 comments:

WiraTLC said...

jangan lupa senyum kat abg JPJ... tu penting...

HuSnA said...

hehehe..tu sudah semestinya..belum nek kereta sudah senyum sampai telinga..