January 20, 2010

dey!

lepas lunch musti angkat tray then pergi letak dekat tempat mencuci pinggan.macam gitu la dekat kafe tempat kerja aku. hari ini macam biasa pergi letak tray.suddently..

"dey menachi!!"

aku : haish..auntie nih...nak suh letak sudu dalam baldi la nih (berkata dalam hati)

aku pun berpaling sambil muka macam tension sebab orang lain ramai lagi yang tak pernah pun letak sudu dalam baldi tapi bila time aku mesti kena dan aku pun pergi la nak angkat sudu dengan muka teramat malu sebab terlupa nak letak sudu dalam baldi sudu dan malu sebab untie tu panggil teramat la kuat dan semua orang pandang aku...malu weyh...arrgghhhh...stop.

then bila sampai depan auntie, dia tunjuk-tunjuk something kat atas tray makanan aku dekat celah-celah pinggan.

henset aku da....tertinggal..dah la ada abang chumel2 tengah basuh pinggan masa tu...then aku sengih saja dekat auntie tu sambil nak blah dari situ.tapi...

"dey menachi!!you punya sudu tak mau angkat ka!"

adeh la..auntie ni kenapa ntah tak bole tengok aku bebas.haishhh!!!!

1 comment: