i suka bila hari jumaat sebab jumaat hari yang mulia.jumaat boleh datang kerja lambat dan keluar lunch awal dan pulang dari lunch lambat. jumaat kelihatan semua staf macam tak kisah bila kamu buka facebook, blog, dan laman-laman web yang mententeramkan hati. jumaat boleh makan giant hotdog di kafeteria dan tak perlu beratur panjang sebab orang lain suka makan diluar pada hari jumaat.jumaat boleh tengok semua jejaka-jejaka muslim tiba-tiba menjadi kacak memakai baju melayu berbondong-bondong pergi solat jumaat..wahh..masa ini paling sesuai untuk mencari jodoh, dan paling utama,jumaat boleh pulang ke kampung bertemu ibu bapa.
tapi bila hari jumaat,walaupun teruja sebab mahu pulang ke kampung, hati tak berapa senang juga sebab mesti menaiki bas then naik feri then naik bas lagi.sungguh memenatkan.paling memenatkan bila terpaksa berebut dan bergusti untuk menaiki bas, berlari 100m semata-mata takut tak sempat melepasi pagar untuk menaiki feri dan menghidu kesegaran udara indonesia+bangladesh+myammar+vietnam++(oh,terasa seperti di perantauan).
then bila terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket bas selama setengah jam hingga dapat mengisi masa dengan berkenalan dengan manusia lain (harap minggu ini dapat berkenalan dengan jejaka kacak.wink~wink~)
then bila sampai rumah sudah penat, terus mandi, solat dan terus tidur.esoknya pergi latihan memandu,lusa latihan memandu lagi then terus pulang ke Penang.
cuti yang tak bermakna~
8 years ago
No comments:
Post a Comment