January 10, 2010

Telefon murahan pun hot

Rasa macam sudah terbiasa sebelum tidur mesti main permainan ular yang akan memanjang apabila makan bebola.lepas tu bila sudah rasa hebat,bole tambah maze supaya lagi mencabar jari jemari. dulu semasa masih menggunakan telefon hebat lagi mahal (ada tanda riak disitu),sebelum tidur mesti dengar lagu yang bersuara (MP3),mesti berbalas mesej sambil menghantar gambar (MMS) dan berbual sambil melihat gambar buah hati di telefon (3G).

tapi itu dulu.sebelum telefon hebat lagi mahal tersebut merosakkan diri beliau dan sekarang terasa seperti miskin dan rendah diri bila menunggu bas disebelah awek cun, beliau sibuk menekan kekunci blackberry sambil menggaru-garu dagu dan telinga dengan menggunakan tangan yang sama yang memegang blackberry tersebut seolah-olah mahu berkata, “hei semua,lihat ini saya pakai telefon canggih lagi hebat” dan tiba-tiba terdengar pula bunyi seperti tikus tersepit pintu dan awek cun itu terus menoleh melihat i mengeluarkan telefon norkia berwarna biru (blueberry..ngek..ngek) yang background lightnya kekuning-kuningan.anda boleh bayangkan perasaan i ketika itu?bole?

untuk mengkaverkan diri i terus menjawab telefon

“eh awak,iphone saya yang hantar baiki hari tu bila boleh ambil?”

Notakukukakiku : sebab butang telefon besar ibu jari kaki, i rasa hot sebab boleh taip mesej tanpa melihat skrin sambil mata galak memandang jejaka-jejaka kacak lalu lalang dihadapan bus stop. rasa hot sebab boleh taip mesej tanpa perlu melihat skrin sambil membantu ibu mengelap perabot (sungguh gigih bukan?).



2 comments:

F.L said...

telefon lama lagi best.. antik...
hehehe....

HuSnA said...

hehehe..yaya.antik tu lg mahal oo..sure2 xda virus sbb xda memory card.hehe