January 12, 2010

Kawan,kenapa tak beritahu aku..

Sedih tahu bila kawan-kawan bertunang atau kahwin senyap-senyap,tak beritahu kita. bukannya kemaruk sangat mahu pergi majlis kamu-kamu semua tapi sekurang-kurangnya beritahu. Supaya i boleh ucapkan tahniah.boleh beri hadiah.ya,beri hadiah.i sekarang sudah kerja tahu.kalau dulu masa belajar, harijadi kawan hanya mampu beri keychain froggy chumel.tapi sekarang sudah mampu.


Okeh.kalau bertunang mungkin tak perlu sangat beritahu sebab nanti marah pulak orang kampong tak dapat makan tambah sebab kawan-kawan ramai sangat datang.kalau kawan yang tak rapat yang pergi kelas,jumpa dan balas-balas senyum saja tak mengapa.ini kawan yang dulu sama-sama merempit,sama-sama ponteng kuliah,sama-sama keluar pergi pasar malam,tidur sebantal (ini tipu) sampai bantal jadi leper sebab kekabu sudah jadi berkepul-kepul.


i terasa tahu.hati sudah jadi kecil.Apa pun i tumpang gembira.semoga kekal sampai anak cucu.Amin…isk..isk

1 comment:

kdee said...

huhu..mgkin rmai sgt guests kot smpai tlupa nk jmput.hehe