January 12, 2010

Mahu jadi apa besar nanti?

Orang dewasa 1 : adik bila dah besar nak jadi apa?

(soalan biasa ditanya kepada kanak-kanak chumel yang baru pandai menulis lalu membuatkan ibu bapa teruja dan berharap dapat menjadi orang berguna bila dewasa nanti)

Kanak-kanak : nak jadi dokter.

Orang dewasa 1 : bagusnyierrr…..

Orang dewasa 2: adik bila dah besar nanti nak jadi apa?

Kanak-kanak : nak kerja kilang (jawab sambil buat muka bosan dan tertekan sebab tiap-tiap hari asyik tanya yang sama saja)


Memang betul aku kerja kilang sekarang.masin mulut aku. Tapi itu bukan persoalannya sekarang ya.Aku hairan kenapa kecik-kecik dulu asal orang tanya mesti jawab bila besar nanti mahu jadi dokter.

Bila ibu bawa pergi supermarket, mesti mahu beli barang mainan dokter. Lepas itu asyik main dokter - dokter hingga pensel picit pun boleh dibuat jarum (tapi aku dulu suka main pejabat-pejabat sebab seronok pakai seksi (seronok ke pakai seksi??cam prost***te ja..lolzz) dan pegang fail dan menaip surat).Korang pun mesti jawab dokter kan?kan? ke aku saja yang kolot dan tak berkembang sebab hanya tahu jawab dokter dan bukannya peguam syariah, jurutera mahupun businessman?itu juga bukan persoalannya sekarang.


yang mahu ditekankan disini ialah kenapa masa kanak-kanak mahu jadi itu ini dan yang hebat-hebat belaka tapi lihat sekarang.kita jadi ke macam yang cakap masa kanak-kanak? Kalau tanya aku konpem la tak jadi dokter kan.korang?tidak terkecuali juga yang belajar tinggi bertingkat-tingkat tapi akhirnya jadi suri rumahtangga (kak bena jangan terasa..ngek.ngek.ngek)agak-agak ibu bapa kecewa tak bila kita tak menjadi seperti yang mereka mahu?

ampunkan saya mak,abah~


5 comments:

Anonymous said...

kita merancang... selebihnya tuhan yang menetukan... hu..hu..hu.. syukur aje lah..kan..:)

HuSnA said...

yaya...syukur..skurang2nya ada pkerjaan.bole beri ibubapa duit.bila dapat beri ibubapa duit hati rasa senang n tenang,duit x cukup pun rasa cukup..

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhU..betul2..
ketentuan-Nya kdg2 tak disangka..
apa yG dibenci dulu kini jd pilihan

Anonymous said...

hahaha..mo jadi askar !

HuSnA said...

Azrai : tu la pasal..ksimpulannya kena suka dengan semua..hehe

kf : mo jd askar??bkn nak jadik ninja ke?hikhik